Friday 2 December 2011

Solute

Salam.

Hari ini aku nak post menegnai seseorang yg aku bangga dengannya.

Orgnya ialah.... jeng jeng jeng...

Baca dulu nanti baru tahu ok.

Aku rasa kalau aku berada dekat tempat dia mesti aku dah give up even lecture Sastera Islam aku penah pesan "kita sebagai org Islam perlu tahu tentang apa tujuan hidup dan tujuan kita belajar dekat bumi ini".

Tujuannya adalah untuk mencari ilmu yg benar dan menimbang baik buruk ilmu yg kita dapat itu dengan akal kita serta mengamalkannya beserta dengan niat untuk membuktikan bahawa kita telah berpegang pada janji kita semasa kita di alam roh lagi iaitu "Perjanjian Azali". Perjanjian azali merupakan perjanjian antara kita dengan Allah S.W.T. untuk menunaikan tanggungjawab kita di muka bumi ini sebagai khalifah dalam mentadbir muka bumi dengan sebaik-baik mungkin.

Itulah serba sedikit mengenai Sastera Islam yang sebenarnya yang telah aku belajar. Sebelum aku masuk kelas ini, aku pun sebenarnya tak tahu mengenai perjanjian azali ini, tapi, mujurlah Allah itu Maha Kuasa dia yang menetukan yang terbaik untuk umatnya. Dan aku pun, didedahkan mengenai semua itu hanya di dalam kelas Sastera Islam ini. Credit to lectureku Dr. Zariat, aku sangat suka belajar dengan dia kerana dia menjelaskan segalanya dengan begitu detail.

Apa yang aku nak share kat sini ialah, aku solute dengan abang aku, di mana dia walau dirundung masalah, dia tak pernah putus asa. Sebaliknya dia lebih memahami dan mengetahui mengenai hakikat hidup kita di dumia ini. Walau dia jauh blajar di perantauan, segala adat, tatasusilanya, suruhan agama tak pernah dia lupakan. Sebaliknya, dialah yang sering memberi tunjuk ajar serta menegur aku jika aku melakukan kesilapan. Dia jugalah yang sering memberi dorongan kepada aku dan adik-beradik aku yang lain agar belajar bersungguh-sungguh. Sesibuk mana pun dia, dia tak pernah lupakan keluarga. Dia selalu cll dan bertanya khabar kami sekeluarga serta mengambil berat mengenai pelajaran adik-adiknya di Malaysia. Hal ini kerana, mungkin dia menganggap semua itu merupakan tanggungjawabnya sebagai abang dan juga merupakan anak sulung dalam keluarga.

Apa yang aku sangat berbangga dengannya ialah, baru2 nie mak ada cakap, abang telah diduga oleh satu dugaan yang sangat besar, <tak perlulah aku nyatakan apa dugaan tersebut, biar kami sekeluarga sahaja yang tahu>, tetapi dia tidak melatah sedikit pun sebaliknya dia dapat mengawal situasi itu dengan cool je. Aku cakap begitu kerana, aku terbaca entry yang baru dia post kat blog dia. Dalam entry tue dia berkata, bahawa segala yang berlaku merupakan ketentuan-Nya, kita sebagai hamba hanya mampu merancang tapi yang menentukannya hanya yang di atas sana. "Kun Fa Ya Kun".

Dia menjadi semakin tabah dengan dugaan tersebut dan menerimanya dengan redha. Redhanya bukan bererti mengalah sebaliknya redhanya adalah satu Iktikad yang mendorongnya agar berusaha dengan lebih gigih lagi dan membuktikan bahawa dia mampu melakukannya.

Aku harap, abang aku terus tabah dalam menempuhi hari-hari mendatangnya di perantauan sana dan aku serta keluarga sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya. Chaiyok3 ABANG!!!


Sebelum aku menamatkan penulisan aku kali ini, aku harap kepada semua apabila dirundung masalah janganlah kita cepat berputus asa sebaliknya kita cuba cari di mana kelemahan dan kesilapan yang menyebabkan kita tewas serta cuba lagi yang terbaik pada masa mendatang especially  PERINGATAN KEPADA DIRI AKU SENDIRI yang begitu mudah berputus asa. InsyaAllah, akan aku contohi sikap abang aku ini.

Maafla, entry aku kali nie agak panjang kerana telah lama aku tak menghupdate blog nie.



Sekian,

Bubye...




~La Mariposa~

No comments:

Post a Comment