Saturday 10 December 2011

Siapa kita?

Ayah…
Tika anakmu masih lena diulit mimpi
Tika embun pagi masih berputik
Kau tidak lupa tugasmu
Hari ini dan hari esok
Dan mungkin selamanya
Kau tadahkan poketmu pada
Makhluk yang dipanggil pokok padi
Kerana hari ini dan hari seterusnya
Perut anak isterimu perlu diisi
Walau cuma beras murah
Berteman gelama masam, tamban kering
Itulah hakikatnya kita
Hari esok yuran anakmu beratus
Hari lusa orang TNB hulur resit
Yang bertaip cantik
Ayah…
Kau masih bertapa diperdu tua
Hasil peluhmu dibahagi dua
Pada mereka gila harta
Tiada belas ihsan
Tapi kau sedar
Siapalah kita…

No comments:

Post a Comment