Thursday 27 October 2011

PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN


            Pengalaman yg tidak dapat aku lupakan, pertama ialah semasa aku di tingkatan 3. Aku telah accident dgn motor Nyonya Pasola. Masa tue hari raya minggu ketiga dan result PMR juga akan keluar. Masa aku ambil result muka aku punyala cam tak serupa org. Yewla, mana taknya, dah sampai dua tempat kat muka aku berjahit. Satu, atas kening and satu lg kat pipi belah kanan aku. Jatuh market aku!

            Pengalaman kedua pula, selepas aku jatuh motor aku jatuh naik basikal pulak. Apala, naik basikal pun nak jatuh jugak. Masa tue aku baru jew baik dari accident motor tue. Pastu jatuh lg. Sampai makayah aku cakap, lepas nie nak bawak apa pulak biar tak jatuh. Masa jatuh tue agak teruk juga, kerana bahu kanan aku terseret dekat jalan. Masa nie aku dah pandai sikit, kerana aku pandai mengelak dari muka aku dari tercium tar jalan buat kedua kali ! Nak tahu masa jatuh tue kan aku tgah lumba basikal dgn adik lelaki aku, last2 aku yg tersungkur cium tar jaln. Magrib plak tue! Banyak antu setan kan????

            Ketiga pula, masa aku dekat PLKN. Aku tak dapat hantar abg aku p airport masa abg aku first time p study at oversea. Masa tue, sedih betul aku. Tapi, sekarang dah ok. Al-maklumlah, kitaorg nie adk-bradik memang sgtla close. Even abg aku jauh, kitaorg selalu contact kalau tak melalui fb, melalui phone, kalau tak skype or apa2 la yg teknologi canggih masa kini tue.

            Keempat, masa nak hantar makayh aku p Sydney, Australia tempat study abg aku yg sulung tue. Makayh p dua minggu jew kot. Tapi, rase cam dua taun. Masa tue tggl kitaorg berempat bradik jew dekat rumah. Tak tawla nak citew feel kitaorg masa tue. Memang sedih bebenorla.

            Kelima, masa aku hantar makayah p umrah dekat KLIA. Masa tue aku sorg jew jumpa makyah kat situ kerana aku tak dapat balik rumah. So, aku dari UPM drive p KLIA utk jumpa makayah sebelum p. Adik bradik yg lain semua hantar kat Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat.

            Keenam. Masa hantar mak & atok aku p haji. Baru2 nie jew. Sedih ler. Aku nie memang penyedih orgnya. Kalau org Johor cakap ‘Gembeng’ maksudnya kuat nanges. Aku and adik bradik aku semua nanges sampaikan ayah aku pun nanges jugak. Tapi, ayah pandai cover. Kitaorg jew yg tak pandai cover.

            Last sekali, masa aku dapat result STPM. Aku tak sangka aku dapat keputusan yg boleh dikira cemerlang jugakla and ayah aku bagi RM 400 sebagai ganjaran kerana dia telah janji satu principal aku dapat RM 100. So, aku dapat 4P jadi aku dapatla RM 400. Kaya aku kejap masa tuh!

             Aku rasa tue jewla pengalaman yang aku tak boleh nak lupakan buat masa nie. Tapi, kalau nak ditulis semua banyak lagi aku nak coretkan, tapi aku just coretkan yg penting sahaja bagiku.


 Bubye & Wassalam.



No comments:

Post a Comment