Thursday 13 October 2011

Assalammualaikum.

Rasa sudah lama aku tak update blog aku nie. Maklumla buzy je aku minggu nie. Hari Isnin after clas aku terus balik ke Johor kerana hari Selasa aku ingin hantar Mak & Atok aku pergi haji. 

Masa kat lapangan Senai tue suasana pilu dan teramat pilu sangat. Yang aku tak boleh tahan tue, ayah pun turut sedih juga bile tak dapat anta mak & atok sampai ke chek-in bagasi tue. Kira semua yang pergi hantar semua sedih. Termasukla aku dan adik-beradikku. Tapi yg aku kesian dekat adik bongsu aku, Ika. Yewla, dia kan plg kecik and rapat dengan mak. Mesti terasa selama sebulan mak kat Makkah & Madinah. Tapi, apa pun kami semua meredhai dan mendoakan yg terbaik utk mak & atok di sana agar mereka dapat menjalankan ibadah haji dengan mudah dan yg paling penting mendapat haji yg Mabrur! <betul ke aku eja tue?>


my luvly mum & dad
<hensem kan ayah saya? hehehe>


udin, mak & ayah, aku
<p/s : gambar tak clear kerana aku tak sempat nak ambil gambar dari camera puk su just ambil dari fb je>

Hari Rabu pula, pukul 11.00 pagi aku gerak balik ke UPM bersama mak cik sedaraku. Aku sampai tepat jam 2.00 petang dan terus pergi ke clas kerana aku ada  Test 1. Masa jawab tue aku tak tawla apa yg aku jawab. Yewla, sampai2 terus masuk ujian. Menggigil2 tgn aku pegang pen. Tapi, lama2 okey. Syukur, Alhamdulillah.

Khamis pula iaitu  semalam, aku ada lagi 1 test dan dua presentation bergroup. Malam tue kami stay up la sampai ke pg. <tipula sgt kan, sampai pukul 4pg je kot>  Alhamdulillah, aku dapat jawab test dan presentation pun berjalan dgn lancar.  Yg paling best tue, pg2 tue aku terasa nak cll mak. Maybe nasib aku baik kerana masa tue mak angkat dan aku dapat bercakap lama jugakla dengan mak.<lepas rindu, syg mak!> Masa aku call dalam pukul 8.00 pagi mak kat sana baru nak subuh. Kirala sendiri pukul brape.  Thanks to my brother kerana bagi aku number phone mak kat sana tue. 

Malamnya pula, aku ingat hendak mengupdate blog, tapi kerana kepenatan dan keletihan sangat aku tertidur dan tak sedar sampai ke pg. Barula pg nie aku sempat nak mengupdate blog aku. 

Tapi, pukiul 10.30 pagi nanti aku akan bertolak ke UiTM Jengka, Pahang kerana ada program under PSSCMUPM. (Seni Silat Cekak Malaysia). Best main silat ne U All's... Mehla Join ramai2 kerana dalam masa terdekat ini akan ada pengambilan pelajar baru yang berminat untuk join.


 
Kepada sesiapa yang berminat bolehla pm saya di blog ini atau di facebook. (Nurul Huda Rahmat). Ataupun U All's yg berminat boleh call number yg tertera di poster tersebut.

Oklah, itu sajalah yg aku nak cerita, nanti balik dari program aku akan update lagi tentang tugasan aku. Jeng..jeng...jeng... Wait and see Yeah!

Bubye dan wassalam.....



No comments:

Post a Comment