Monday 31 October 2011

Tak Ada Mood

Tak taw nape tibe2 rasa cam tak da mood nieh.





Rasa geram + sakit hati + nyampah pun ye gak.








Tibe2 prasaan nie dtg.











Syuh2! P jauh2 sne.






Ok, bye.











* * *











<   : - (   >

Semalam

Assalammualaikum...


Semalam mengisahkan tntg hari semalam yg aku lalui.

Apa yg aku lalui, ialah :




1) Aku drive dr BP ke KL (UPM).


2) Setelah sampai, oleh kerana aku sampai awl jadi kawan2ku mengajak berjalan dahulu sebelum balik ke kolej masing2.


3) Jadi, tempat yg kami tuju ialah ke Jusco Equin Park.


4) Jalan punya jalan, perut memasing semua lapar.


5) Kami singgah makan di Paradise, Seri Kembangan.


6) Siap makan, barulah kami pulang ke kolej memasing.





~Itulah trip setengah hari aku bersama kawan2ku~




Penat tapi enjoy!

Saturday 29 October 2011

Trip

Sekejap je lg aku akan balik UPM!




With my ususal friend and my bestfriend forever Syu & Ain & kawan Syu.




Hope segalanya dipermudahkan....




~Amin~

Friday 28 October 2011

Sweet

Bestnyer...


Tadi Mak cll.


Wish birthday Aku!


Mak org pertama wish, die cakap tkut lupa nak wish nanti.


Jam 9.30 mlm kita, and kat Makkah baru lepas Asar.


Mak siap tye nak hadiah apa?


Aku tak tahu nak hadiah apa, juz  say thanks a lot to my mum because still remember my birthday even bzz dgn tuntutan Haji nya tue.


Kasih Mak membawa ke syurga!


Sayang Mak sokmo!!!


Tadi masa Mak cll aku tgh shopping dgn my adik bungsu and my C's.


My C's blanjer aku kebaya nyonya!


Thanks Kakak!


Syg kau jugak!


Balik2 je uma masuk pintu ayah pula wish my Birthday!


Thanks to Ayah jugak!


Syg Ayah sgt2!



Dan yg terakhir, syg semuanya ahli familyku....















~Lurve U All's So Much!~



Thursday 27 October 2011

Feel




* * *







Taka care DAD!







* * *

Rindu



~ ~ ~




: -(





I miss so much my MUM!

PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN


            Pengalaman yg tidak dapat aku lupakan, pertama ialah semasa aku di tingkatan 3. Aku telah accident dgn motor Nyonya Pasola. Masa tue hari raya minggu ketiga dan result PMR juga akan keluar. Masa aku ambil result muka aku punyala cam tak serupa org. Yewla, mana taknya, dah sampai dua tempat kat muka aku berjahit. Satu, atas kening and satu lg kat pipi belah kanan aku. Jatuh market aku!

            Pengalaman kedua pula, selepas aku jatuh motor aku jatuh naik basikal pulak. Apala, naik basikal pun nak jatuh jugak. Masa tue aku baru jew baik dari accident motor tue. Pastu jatuh lg. Sampai makayah aku cakap, lepas nie nak bawak apa pulak biar tak jatuh. Masa jatuh tue agak teruk juga, kerana bahu kanan aku terseret dekat jalan. Masa nie aku dah pandai sikit, kerana aku pandai mengelak dari muka aku dari tercium tar jalan buat kedua kali ! Nak tahu masa jatuh tue kan aku tgah lumba basikal dgn adik lelaki aku, last2 aku yg tersungkur cium tar jaln. Magrib plak tue! Banyak antu setan kan????

            Ketiga pula, masa aku dekat PLKN. Aku tak dapat hantar abg aku p airport masa abg aku first time p study at oversea. Masa tue, sedih betul aku. Tapi, sekarang dah ok. Al-maklumlah, kitaorg nie adk-bradik memang sgtla close. Even abg aku jauh, kitaorg selalu contact kalau tak melalui fb, melalui phone, kalau tak skype or apa2 la yg teknologi canggih masa kini tue.

            Keempat, masa nak hantar makayh aku p Sydney, Australia tempat study abg aku yg sulung tue. Makayh p dua minggu jew kot. Tapi, rase cam dua taun. Masa tue tggl kitaorg berempat bradik jew dekat rumah. Tak tawla nak citew feel kitaorg masa tue. Memang sedih bebenorla.

            Kelima, masa aku hantar makayah p umrah dekat KLIA. Masa tue aku sorg jew jumpa makyah kat situ kerana aku tak dapat balik rumah. So, aku dari UPM drive p KLIA utk jumpa makayah sebelum p. Adik bradik yg lain semua hantar kat Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat.

            Keenam. Masa hantar mak & atok aku p haji. Baru2 nie jew. Sedih ler. Aku nie memang penyedih orgnya. Kalau org Johor cakap ‘Gembeng’ maksudnya kuat nanges. Aku and adik bradik aku semua nanges sampaikan ayah aku pun nanges jugak. Tapi, ayah pandai cover. Kitaorg jew yg tak pandai cover.

            Last sekali, masa aku dapat result STPM. Aku tak sangka aku dapat keputusan yg boleh dikira cemerlang jugakla and ayah aku bagi RM 400 sebagai ganjaran kerana dia telah janji satu principal aku dapat RM 100. So, aku dapat 4P jadi aku dapatla RM 400. Kaya aku kejap masa tuh!

             Aku rasa tue jewla pengalaman yang aku tak boleh nak lupakan buat masa nie. Tapi, kalau nak ditulis semua banyak lagi aku nak coretkan, tapi aku just coretkan yg penting sahaja bagiku.


 Bubye & Wassalam.



Expression


Inilah hasilnya, setelah gambar aku diedit menggunakan picasa. Berbagai expressions muka kelihatan.



~Suka bergambar~

Friday 21 October 2011

Perjalanan

Hari ini aku balik ke kampung aku di Johor.


Semasa perjalanan balik, terdapat tiga accident berlaku di highway Selatan.


Tak tawla, yg aku perasan tiga jew. Tapi macam lebih je tadi.


Aku berasa takut dan sedaya upaya concentrate dgn pemanduan aku.


Cuaca pula tidak elok, dan menyukarkan pemanduan aku. Hujan sgt lebat tadi dan telah berlaku kemalangan di Tangkak.


Bnayak kereta yg tersasar lalu berlanggaran.


Tapi, aku bersyukur kerana aku selamat sampai di rumah aku jam 5.00 ptg ini.


Di jalan Kangkar Senangar pula paras air sudah semakin tinggi. 


Dan aku sempat melintasinya sebelum banjir berlaku.


Inilah pengalaman balik kampung aku yg paling menggerunkan kerana aku berhadapan dgn situasi yg sgt getir bagi aku.


<hujan lebat dgn tiupan angin yg kuat, guruh, accident di bahu jalan, dan jalan dinaiki air>


~Syukur yg teramat pada yg Esa kerana aku selamat sampai rumah~

Thursday 20 October 2011

Yes or No

Saya seorang yg suka bergambar?


|


                                   |


             |

                                                                           |

|



Ya atau tidak???



Jeng... jeng... jeng...




Jawapannya ya kot. <hehehe> 


Sebab dalam blog nie banyak kan gambar saya?





Buktinya...





Saya upload lagi gambar saya.


<huhuhu>



sabar jew lah.




~Di kala aku kebosanan~




Kenapa tiba-tiba aku rasa...


Aku rindu sangat-sangat kat my Mum!

Roomateku

Malam nie aku tengok roomate aku semua tak senang tidur.


Semua stay up!


Sampai aku pun tak boleh nak tidur juga tengok diorg stay up.


Mereka ada test esok.


Test aku dah habis siang tadi.


<huhuhu>


 bahagianya hidup, rasa mcm dah habis final pulak.


Gudluck's U all's! < Masturah, Haula a.k.a. org tua, & Izzah>


Gelaran org tua diberi kerana si Haula nie kuat membebel macam mak-mak.


So, aku  menggelarnya Org Tua dan kerana umurnya juga tua setahun dari aku... <hehehe>


* * * 


~Jgn mara k.haula~

Koleksi Aku

Assalammualaikum...


Pastinya ramai peminat shawl kat luar sana kan?


Antaranya. termasuk saya juga la....


Tapi, saya nak share koleksi button utk dimatchkan dengan shawl.


Antara koleksi saya yang tggl setelah diambil oleh adik, akk saya, dan kawan2 yg berkenan....


Tggl nie jew button saya................





adala dalam 20 lebih....


Tapi, tak pakai semua pun.


sebab tgok warna-warna dia nice saya beli.


Cantik tak?


Kalau koleksi shawl pula, dah tak terkira dah..


Kerana banyak sangat, sampai tak cukup tempat nak gantung shawl tue...


<hehehe>


Nak buat mcm mana, kalau kita dah minat, mesti kita akan beli even harga sesuatu tue mahal kan?


Betul tak kawan2???


Ok, sampai situ sahaja.


Bubye...

Lagu


Nera : Hatimu Milkku





Dedali : Di Saat Aku Mencintaimu




* * * *

Dua-dua lagu nie best!


Saya suke sangat2!!!

Balik Kampung

Yahoooo!!!!


Esok balik kampung....


Cuti mid sem juga bermula selama seminggu.


Tapi, assignment tak cutila...


Nek sem kena present lagi...


Masa cuti gak kena siapkan tugasan yg diberi lecture....


Papepun, do the best HUDA!!!


U CAN DO IT!


Yeah!


I know that!


Semoga saya dan kawan-kawan selamat sampai ke Johor dengan selamat dan jayanya.
<hikhik>


lagu balik kg...



Macam nak raya la pulak...


Take care babe!


Bubye elizatul & hajar....


Gudluck 4 test pancing & debat u all's k....


Eliza, balik hari Sabtu take care ye...


Hajar kalau berjalan make sure tak jatuh OK!



Bubye.....







~Mood : Sgt Happy~

Dinner

After magrib tadi aku keluar dengan my best friend forever Syu dan Ain.


Kami just pergi makan-makan je kerana dah lama tak keluar sama-sama.


Ada gambar la masa kami keluar tadi..<hehehe>


Ada kat bawah nie....

* * * *


syu & aku


Nie pula..


Si budak yg malu-malu kucing nak bergambar kununye... <hehehe>



Ain


Sangat kenyang kerana dinner kali ini ditaja oleh Syu. Thanks Syu, lain kali belanja lagi ye!
<huhuhu> bankrup C la kalau blanja selalu.


~The best Dinner~

Wednesday 19 October 2011

Happy

Assalammualaikum...


Tiba-tiba aku terasa nak post tapi tak taw tntg apa yg aku nak cakap. Tapi yg penting, hari nie aku rasa sangat senang hati dan happy la senang cerita. Tak macam semalam aku sedih dan yg tak boleh aku luipakan aku boleh menangis depan lecture satu subjek tue. Tapi, aku tak nak cerita pasal kisah sedih tue, aku nak cerita pasal kisah suka aku hari nie.


Kisahnya seperti ini, pagi tadi aku ada kelas multimedia, dan ada present tntg blog masing2 dalam kelas. Aku gembira mungkin sebab aku dapat markah penuh utk tugasan individu multimedia aku kot. <hehehe> Thanks Dr Nots a.k.a. Dr. Normaliza. Yewla mana tak happy, dulu masa aku mula2 buat blog kan aku ada cakap yg aku buat sebab terpaksa kerana tersenarai dalam kursus yg aku semester nie. Tapi, sejak sebulan lebih aku sudah berkecimpung dalam penulisan blog aku rasa happy dan perasaan terpaksa itu tidak wujud langsung.


Apa yg aku rasa ialah, aku rasa puas kerana aku dapat meluahkan apa yg aku rasa dalam bentuk penulisan. Baik marah, suka, sedih, dan kecewa semuanya aku tulis dalam blog aku nie. <dah jadi cam tmpat mlahkan perasaan la pulak kan?> Tapi, yang penting aku happy dan senang amek kursus multimedia nie. Ia satu kelas yg menyeronokkan kerana lebih bnyk praktikal daripada teori. Al-maklumla aku nie bkn jenis yg suka menghafal and susah nak ingat apa yg aku hafal. So, kelas nie sngat best! So, memang tak rugila aku ambil kelas nie!


Oklah, aku nak edit  proposal aku. Ptg nanti nak kena hantar.


Bubye dan wassalam...

My Life Is About 'J'

Assalammualaikum....

Sperti rakan-rakan yang lain, saya juga telah diberi tugasan untuk menjawab soalan tersebut.

Apa yang saya dapat ialah, John dan Jonah ialah merupakan org yg sama iaitu Dr. Nots itu sendiri. Hal ini kerana Dr. Nots tidak mahu dikenali. Tetapi, kerana setiap jalan cerita tidak semua menampilkan Dr. Nots, saya jadi tertarik akan kemunculan watak John dan Jonah ini.


Manakala Jasper dalam cerita ini ialah, hantu. Hal ini kerana terdapat part yang menceritakan Dr. Nots takut untuk menghadapi sesuatu situaasi.


Ok, sampai di sini sahaja. Apa yang saya faham telah saya salurkan dalam penulisan saya ini.


Sampai berjumpa lagi...


Sayo Nara!

Thursday 13 October 2011

Assalammualaikum.

Rasa sudah lama aku tak update blog aku nie. Maklumla buzy je aku minggu nie. Hari Isnin after clas aku terus balik ke Johor kerana hari Selasa aku ingin hantar Mak & Atok aku pergi haji. 

Masa kat lapangan Senai tue suasana pilu dan teramat pilu sangat. Yang aku tak boleh tahan tue, ayah pun turut sedih juga bile tak dapat anta mak & atok sampai ke chek-in bagasi tue. Kira semua yang pergi hantar semua sedih. Termasukla aku dan adik-beradikku. Tapi yg aku kesian dekat adik bongsu aku, Ika. Yewla, dia kan plg kecik and rapat dengan mak. Mesti terasa selama sebulan mak kat Makkah & Madinah. Tapi, apa pun kami semua meredhai dan mendoakan yg terbaik utk mak & atok di sana agar mereka dapat menjalankan ibadah haji dengan mudah dan yg paling penting mendapat haji yg Mabrur! <betul ke aku eja tue?>


my luvly mum & dad
<hensem kan ayah saya? hehehe>


udin, mak & ayah, aku
<p/s : gambar tak clear kerana aku tak sempat nak ambil gambar dari camera puk su just ambil dari fb je>

Hari Rabu pula, pukul 11.00 pagi aku gerak balik ke UPM bersama mak cik sedaraku. Aku sampai tepat jam 2.00 petang dan terus pergi ke clas kerana aku ada  Test 1. Masa jawab tue aku tak tawla apa yg aku jawab. Yewla, sampai2 terus masuk ujian. Menggigil2 tgn aku pegang pen. Tapi, lama2 okey. Syukur, Alhamdulillah.

Khamis pula iaitu  semalam, aku ada lagi 1 test dan dua presentation bergroup. Malam tue kami stay up la sampai ke pg. <tipula sgt kan, sampai pukul 4pg je kot>  Alhamdulillah, aku dapat jawab test dan presentation pun berjalan dgn lancar.  Yg paling best tue, pg2 tue aku terasa nak cll mak. Maybe nasib aku baik kerana masa tue mak angkat dan aku dapat bercakap lama jugakla dengan mak.<lepas rindu, syg mak!> Masa aku call dalam pukul 8.00 pagi mak kat sana baru nak subuh. Kirala sendiri pukul brape.  Thanks to my brother kerana bagi aku number phone mak kat sana tue. 

Malamnya pula, aku ingat hendak mengupdate blog, tapi kerana kepenatan dan keletihan sangat aku tertidur dan tak sedar sampai ke pg. Barula pg nie aku sempat nak mengupdate blog aku. 

Tapi, pukiul 10.30 pagi nanti aku akan bertolak ke UiTM Jengka, Pahang kerana ada program under PSSCMUPM. (Seni Silat Cekak Malaysia). Best main silat ne U All's... Mehla Join ramai2 kerana dalam masa terdekat ini akan ada pengambilan pelajar baru yang berminat untuk join.


 
Kepada sesiapa yang berminat bolehla pm saya di blog ini atau di facebook. (Nurul Huda Rahmat). Ataupun U All's yg berminat boleh call number yg tertera di poster tersebut.

Oklah, itu sajalah yg aku nak cerita, nanti balik dari program aku akan update lagi tentang tugasan aku. Jeng..jeng...jeng... Wait and see Yeah!

Bubye dan wassalam.....



Friday 7 October 2011

I like It!


3 dara pingitan
<credit to puk su>







ayah + akk dia + atok + ank sdara



udin + yaya


my big family


credit to puk su


a.acit + akk
<aku sempat je even nampak kepala shj, hehehe>


ayah yg susah nak bergambar akhirnya bergambar juga
luv it!

Rasanya gambar dekat bawah nie plg cantik kerana org yg dalam gmbar nie semuanya sporting...
ngan atok & mak cik skali bersandar di dinding. hehehe



Credit again for puk su.
Comel betul si Nana tue, even dia yg paling kecil dalam gambar tue tp cam faham je apa yg kitaorg semua tgah buat siap dengan muka pelik die tue. klakar la.


Oklah u all's, hari ini saya lebih kepada upload picture je because ingin mendapatkan suatu sumber inspirasi serta keceriaan melalui wajah-wajah yg terdapat dalam gambar tersebut. Saya sgt suke gambar-gambar di atas! Thanks kepada photographer kami iaitu puk su saya sendiri yg telah menambahkan koleksi gambar raya saya.

 *Luv U All's*


~Gambar yg dirakamkan semasa Hari Raya Puasa~

Thursday 6 October 2011

Tentang Seorang Insan yg Bergelar MAK!

Baru sebentar tadi aku mendapat cll dari mak yg mengatakan dia dapat pergi haji pada 11 Oktober 2011 ini. Tarikh itu jatuh pada hari Selasa minggu depan nie sahaja. Apa yg wat aku sedih sangat ialah, aku berharap mak aku pergi dua minggu dari sekarang tapi harapan aku tak kesampaian kerana minggu depan mak dah pergi. Tapi, papepun aku bersyukur kerana mak & atok dapat pergi haji. Alhamdulillah, aku bersyukur atas segala nikmatmu Ya Allah. Dan yg paling penting aku akan cuba untuk balik kg / rumah juga even minggu depan aku ada test. Aku nak sangat jumpa mak sebelum mak pergi haji dan aku juga nak hantar mak sampai Airport Senai Johor tue. Aku akan cuba juga. Mak! tggu Huda ok! Huda akan balik jumpa mak taw!
Sayang mak sangat2!!!
Dan aku berharap perjalanan mak & atok ke sana dipermudahkan dan dijauhkan dari segala perkara yg tidak baik. <Amin>


adik bongsu, MAK, ATOK, k.lang, AYAH
<semua aku syg sgt2!>


sweet jek muka mak


anak dara semuanya
<percaya tak??? hehehe>


kasih syg mak membawa ke syurga




Akhirnya, setelah berejam aku survey koleksi gambar raya aku. Jumpa juga aku ngan satu gambar nie ngan mak yg ku sayangi!
sayang mak sangat2! muax! <3 <3 <3


~Semoga Mak & Atok selamat sampai ke tanah suci dengan selamat dan dapat mengerjakan haji dengan mudah serta mendapat keredhaan-Nya <Amin> ~

Realiti

Assalammualaikum...
Hari ini saya tiba2 rasa nak tulis mengenai realiti. Realiti nie terdapat berbagai jenis antaranya seperti realiti kehidupan, realiti masa, realiti usia, realiti kaya & miskin dan bermacam-macam jenis realiti lgla senang cerita. Apa yg sy nak tulis pula berdasarkan kepada realiti hidup saya yang berdasarkan pengalaman dan hasil dari pemerhatian saya. <cheh! pemerhatian & pengalaman??? hehehe>

Apa yg saya lihat, kini berbagai ragam manusia. Sepanjang tempoh 22 tahun saya hidup ini. Ada berbagai jenis manusia juga. Ada yg suka ambil kesempatan atas kesenangan org lain dan ada juga yg baik. Tp, nak cari yg baik tue memangla teramat payah. Berani cakapla, sekarang org dah tak kisah pasal nak berbuat baik nie, janji die senang & berjaya. Memang payahla nak cari & jumpa org yg betul2 baik dan menghormati org lain. Saya macam tue jugak tak? rasa2nya ada kot saya cam2. hehehehe... Biasala, kita kan manusia memang tak lari dari buat kesilapan kan? <sape sokong? angkat kaki... hehehe> Tp, papepun law betul sifat itu ada kat saya, tak boleh jadi nie, saya mesti berubah. Permudahkanla saya Ya Allah, agar saya menjadi sebahagian daripada golongan yg baik2 tersebut. <Amin>

Tapi, kadang2 saya geram juga bila tengok ragam org nie. Walhal tak menyusahkan saya pun, tp saja nak menyibuk dan menyemakkan kepala otak nie kan. Apa yg geram dan teramat geram adalah mengenai perangai mereka yg saya tak berapa nak berkenan la. Lain org, lain la ragamnya. Macam2 kerenah. Saya yakin, pasti ramai antara kamu yg merasai apa yg saya rasai nie kan? Tapi, macam-mana sekalipun, kita perlulah bersabar dan cuba menenagkan diri bila terjadi perkara macam nie kat diri sendiri. <macamla saya buat cenggitu kan???hehehe, I will try for the best in my life>

Saya harap, siapa yg berkelakuan begitu diharapla dapat berubah. Kerana anda bukan sahaja menyusahkan org di sekeliling anda tapi yg pastinya saya yang akan menjadi susah. Apa yg saya merepek nie, hahahaha...
Apa pun tak boleh. hahaha.. Okla, sampai di situ sahaja yang saya terpanggil utk menulis mengenai 'Realiti' ini. Bye dan wassalam....

Anda juga mungkin meminati :

http://sahabatsejati90.blogspot.com/    http://www.youtube.com/watch?v=WDLfhYyDW7Y



~Apa pun tak boleh~
<trademark Yusz Raja Lawak>

Tuesday 4 October 2011

Happy Birthday IKA!




Apam Polka Dot! cantik kan?



Assalammualaikum...
HAPPY BIRTHDAY IKA! Sebenarnya nak post tntg happy besday IKA nie da lame. Tp sebab hari tu kat rumah and Ika nye pun asik sibuk duk sebelah masa aku nak post nie, xjadi aku nak post. So, hari ini dah 4 Oktober <lambat bebenor la pulak> tapi nie just utk kenangan aku bersama family je & tatapan utk abg yg berada di perantauan sana. hehehehe

Meriah jugak la masa celebrate birthday Ika nie because makyah, atok, puk su, kak lang & family, dan adik beradik aku semuanya ada turut serta except my big brother.. Sampaikan adik aku yg Udin nie jeles, die cakap masa birthday dia 30 Jun hari tu tak sambut macam nie pun. Papepun, mungkin nie rezeki Ika. Sabar ye Udin, nanti akak da kerja akk celebrate besar-besaran birthday ko k. Besar betul angan2 aku kan???


Cake Birthday Girl, IKA < sponsor by puk su>


Pizza Hut < Sponsor by Kak Ina>


Yang paling special...
IKA dapat hadiah birthday daripada Atuk yg cucu-cucu yg lain tak dapat pun taw!




Mug hadiah daripada atok



Ika & Atok




Mak & Ika




Ika & Aku < berjubah jugak>



Okla, kalau ikutkan aku banyak lg nak upload tapi masa mencemburui aku because aku nak siap2 utk solat magrib dan pergi kelas silat. Jadi, ini sahaja lah yg aku dapat upload....Sekian & Wassalam.
~I Love My Family~