Saturday 31 December 2011

Penantian & Harapan

Salam..

Esok aku sekeluarga akan ambil abg aku yg sulung kat airport KL.

Dah staun rasanya tak jumpa dia.

Yewla, study kat oversea mana boleh balik selalu kan.

Besar tue budjet nak balik.

Papepun, hopefully abg aku selamat sampai di Malaysia dengan selamat.

~amin~

Mak & Ayah tak sabar kot tggu abg balik.

Lepas jumpa abg aku, barulah aku boleh balik UPM utk meneruskan semester aku yg tggl kurang dari sebulan je. 2minggu pun tak sampai kot.
<hehehe>

Dan wish me luck ya in FINAL EXAM yg akan menjelang tiba tak lama lagi iaitu pada tanggal 4, 5, 6, 7, 8, dan lastly 12 haraibulan Januari ini. 

Sgt dekat2 tarikh itu. 

Moga2 sgalanya dipermudahkan, dan aku diberi kesihatan yang baik serta fikiran yg tenang agar dapat menjawab dgn mudah dan senang.
~amin~

Seterusnya, horey!

Mana boleh horey, aku masih ada projek ilmiah tahun akhir yg tak settle lagi.

So, aku berazam nak buat separuh pada cuti semester nanti.

Dan semoga hajat aku itu terlaksana hendaknya.

~amin~


Bubye.





~La Mariposa~

Wednesday 28 December 2011

Dr. Normaliza

Salam semua.
Dah lama rasanya aku tak hupdate blog nie.
Al-Maklumla dekat rumah.
Macam-macam kekangan.
Time aku balik nie pulak la adik aku cakap laptop aku yg dekat rumah nie kena virus. Dah tak boleh online dekat situ. So, terpaksa aku pergi rumah mak sedara aku online dekat sana.
Apa aku nak cerita tentang entri ini ialah :
Akhirnya, berakhir jua semester pembelajaran aku.
Dan, tibalah pula masa untuk final exam.
Dan berakhir juga kelas multimedia aku yg sgt best. Best ke?
<hehehe> 
memang best pun, aku tak tipu. 
Cuma masa mula2 dulu je aku rasa tak best.
Yewla, mana taknya. 
Kelas nie banyak kerja kot. Mula2 mmg rasa penat dan tak best. Tapi, bile dah satu semester duduk dalam kelas nie bestla pulak!
Sampai dah habis kelas nie teringat-ringat tiap2 rabu malam khamis mesti kami semua tak tidu rsampai ke pagi demi menyiapkan video dan tugasan.
Banyak aktivitinya di mana setiap pelajar semuanya kena buat blog, laman web, dan yg plg best tue kena berlakon dan upload dekat you tube.
Termasuklah aku sekali, tidak terkecuali.
Kalu tak percaya tanyala Lecture kesayangan kami semua iaitu Dr. Normaliza a.k.a Dr Nots.
korang bolehla pergi dekat alamat blog die seperti di bawah :


Beliaulah yang banyak mengajar kami semua tentang multimedia ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau.
Kalu tidak kerana jasa beliau kami sekarang mungkin pandai dalam multimedia ini tapi tidaklah sepandai sekarang.
Betul tak kawan-kawan semua???

Oklah, mari kita layan gambar pula.


Ahli Group kami My Team Production


Semasa proses pengeditan video


Kami


Setelah penat memikirkan peribahasa dan menyiapkan majalah


Ragam rakan-rakan sekelas setelah diberi masa hingga jam 5 petang utk menghantar tugasan peribahasa 
Saingan kami dalam membuat video yg terbaik
Persaingan yg amat sengit antara group2 di bawah utk memenangi hati pensyarah kami dalam mendapat title video terbaik atau terbest.
<huhuhu>


Cempaka Sari Production


Uda & Dara Production


Menuju Puncak Production


Bara Production


G-Force Production

Itulah antara gambar2 yang sempat kami rakmkan semasa kelas multimedia yang sarat dengan ilmu yg berguna.
Banyak ilmu pengetahuan yg aku perolehi dengan mengikuti kelas ini.

Terima kasih sekali lagi kepada Dr. Normaliza abd. Rahim selaku pensyarah BBK 3408 : KESUSASTERAAN DALAM MULTIMEDIA kerana telah membimbing aku sepanjang aku dalam kelas ini. 
Dan, tidak dilupakan kepada rakan2 kumpulan aku serta rakan sekelas yang lain yang juga turut terlibat dalam setiap tugasan yang diberi.
Aku tidak akan melupakan pengalaman aku menjadi pelakon yg tidak popular itu dalam menempuhi hari mendatang aku.
Akhir kata, Terima kasih sekali lagi dan SELAMAT BERJUANG DALAM FINAL EXAM KEPADA SEMUA COURSEMATEKU!!!
Semoga kalian mendapat keputusan yg kalian impikan.
Sekian, wassalam.
Bubye.



~La Mariposa~

Wednesday 21 December 2011

Laman Web

Akhirnya, 

Tercipta jua laman web aku yg tak seberapa nie.


Kepada sesiapa yg ingin melawat laman web aku nie,

Bolehlah pergi ke alamat web seperti berikut :




Selamat Membaca.



~La Mariposa~

Tuesday 20 December 2011

Birthday

Happy Bithday to my lurvely Daddy 

Mr. Rahmat bin Haji Junit.

Semoga ayah diberi kesihatan yg baik, dipermudahkan dalam segala urusan, diperluaskan rezeki, dan ditetapkan iman.
~InsyaAllah~



SAYANG AYAH SGT2!!!


My Lurvely Parents


Syg mereka berdua!


kakak, ayah, dan aku


Lurve you DAD!


Lagi sekali, selamat hari ulang tahun kelahiran yg ke - 56 tahun AYAH!

Kami mendoakan agar ayah sihat2 selalu dan dipanjangkan umur hendaknya.

~amin~





*Silap pulak, happy birthday AYAH yg ke-57 tahun, bukan 56 tahun.*





Lurve a lot from both of we all's your daughter and wife.

Sunday 18 December 2011

Tired + Jakun Part 2

Salam semua.

Hari ini post aku kesinambungan dari yang semalam.

Semalam aku tak tunjuk kan token tue, hari nie aku akan tunjuk.

Mehla tengok picturenya di bawah ini.



Niela rupa token tue. Aku nie memangla jakun sikit because sebelum nie pergi mana2 dah lama tak naik LRT, dah terjakun sekejap masa pergi semalam dgn hari ini.

Kepada yg lain, yg belum mencuba, pergilah mencuba because LRT skrg dah maju sikit dari dulu. Lagi mudah dgn guna token tue and tak perlu beratur panjang utk beli tiket just pergi kat machine token dan pilih destinasi mana yg ingin dituju.
Selamat Mencuba!

Hari nie aku pergi ke masjid jamek dan sogo with K.Ar a.k.a. akk sepupu aku dan kawan sekampung aku iaitu ain.

Di bawah dilampirkan gambar2 tersebut :

Silalah lihat, hehehe


Kak Ar. Org cakap muka dia macam muka aku. <kembar> sama tak???


Ain. Nak teman dia punya pasal la semalam aku jadi jakun sekejap dekat LRT.


Sudah semestinyala aku! yang sgt suka bergambar. <hehehe>

Masa aku jalan2 hari ini dan semalam, semua the mall ada pokok christmas. Al-maklumla, dah nak merry christmas. Dekat bawah nie adala sebatang dua pokok yg sempat aku snap masa jalan2 tadi.

Silalah lihat.

Semua decoratenya same seperti di  times square juga. Tapi, aku tak sempat snap because ramai sangat org semalam dekat Times Square.

So, dekat bawah nie yg aku sempat snap masa pergi sogo ptg tadi.


Merry Christmas! hahaha
<suara santa claus>


Lagi pokok christmas.
Tapi, tak semeriah raya puasa kan?


Unggun api di tengah Mall



Finally, 




Sudah semestinya gambar kami bertiga.




Kami ~ si tiga gadis pingitan.
<hehehe>




Oklah, sampai di sini sahaja.



Bubye.




~La Mariposa~


Saturday 17 December 2011

Tired + Jakun

Salam semua.

Hari ini aku penat sangat kerana...

mula2 aku plan nak teman kawan aku pergi low yatt dulu baru pergi Sentul.

Tapi, bila sampai dekat traffic light DBP nak ke Times Square tue,

Moto polis traffic mlintang pulak tgah jalan.

Dah tak pasal2 aku tros belok ke kiri yang aku pun pada mulanya tak tahu arah mana jalan tue.

Aku main redah jew.

and, sampaila aku jumpa signboard nak Sentul.

So, aku cakap kat membe aku, kita pergi Sentul dulu la baru pergi Low Yatt with LRT.

amat memenatkan dan amatla jakun aku nie

because da lame tak naik LRT.

Rupenya skrg LRT dah tak guna tiket lg, dia dah guna token.

Mcm token park kete kat KLIA tue.

Canggihla, bagi aku yg jakun nie.

Kitaorang pergi Low Yatt ==> TS ==> Monorail ke  Titiwangsa ==> Barulah balik semula ke Sentul Timur.

Trip yg amat memenatkan because dah lama tak berjalan with transport awam nie.

Kononnya nak pergi Sogo juga, tapi dah tak larat sgt.

So, terus balik rumah.


Papepun sgt best even penat.





~ La Mariposa ~

Friday 16 December 2011

Kata Hati

Ya Allah.


Aku bermohon padamu,

agar permudahkanlah aku dalam segala urusan hidupku.

Amin.

Saturday 10 December 2011

Pengemis Cinta Illahi

Ketika ombak berbisik
Ketika bulan tersenyum
Ketika angin menyapa
Ketika pokok melambai
Aku berkemudi kembali
Kembali menyauk cinta yang pudar
Untaian cinta yang samarkabur
Dek terhalang tembok dosa
Didalam hati
Aku meneroka daerah cinta
Yang lahir dari nodaalpa
Tiada deria dapat kurasa
Melainkan sepikecewa
Menyelubungi….
Kudambarkan cinta al-Qudus
Akan kusemai menjadi sepohon Maqrifat
Agar dapat kuberteduh direndang kasihmu
Pengemis cinta al-Jabbar




Puisi buat Ibu…


Ibu…
Disaat matamu beristirahat
Kutenung wajahmu selaut kasih
Kadangkala  minda melayang terbang
Andai matamu…
Abadan terpejamlena
Andai sentuhanmu
Kaku tidak bererti
Alangkah sepinya diri ini
Ibu…
Bisakah kau melahirkanku?
Tegakah kau membesarkanku?
Akukah permatamu?
Akukah puterimu?
Sesungguhnya…
Pengorbananmu sejujur Siti Hajar
Agung jasamu dipersada sejarah
Kautitipkan kasihsayang insani
Kaualirkan akhlaksolehah sejati
Nasihat berguna pendinding diri
Ibu…
Setiap belaian sekental pengorbanan
Hanya kau satu di dunia ini
Patah tumbuh hilang tidak berganti
Mengenal erti hidup hakiki

Siapa kita?

Ayah…
Tika anakmu masih lena diulit mimpi
Tika embun pagi masih berputik
Kau tidak lupa tugasmu
Hari ini dan hari esok
Dan mungkin selamanya
Kau tadahkan poketmu pada
Makhluk yang dipanggil pokok padi
Kerana hari ini dan hari seterusnya
Perut anak isterimu perlu diisi
Walau cuma beras murah
Berteman gelama masam, tamban kering
Itulah hakikatnya kita
Hari esok yuran anakmu beratus
Hari lusa orang TNB hulur resit
Yang bertaip cantik
Ayah…
Kau masih bertapa diperdu tua
Hasil peluhmu dibahagi dua
Pada mereka gila harta
Tiada belas ihsan
Tapi kau sedar
Siapalah kita…

Kudambarkan Cinta-Nya

Tika embun menitis sepi
Tika insan di alam mimpi
Kugagahi jihad diri
Mempersembah cinta sucimurni
Buat-Mu al-Aziz

Daifnya diri
Dalam merebut kasih-Mu
Lantaran godaan nafsu duniawi
Dalam mengampuh tugu imanku
Ya Rabbi
Bantulah daku

Moga dalam jihadku
Moga dalam pengorbananku
Ku mampu mencapai gunung redha-Mu
menuju
Syurga-Mu
Cinta- kasih-Mu

Engagement

Minggu lepas,

masa ayah cll suruh aku balik,

aku tak dapat balik kerana aku ada exam TOCIE.

Masa tue rupenya, Puk Su aku bertunang.

Sedih pun ye jugak kerana tak dapat tengok Puk Su aku tunang.

Nie jewla gambar yg sempat dirakmkan oleh adik aku yg bungsu utk tatapan aku dan abg .

Meh kita layan...


Barang-barang dari pihak perempuan


Siti Nur bakal Muk Su


Sesi menyarung cincin oleh Atuk
<ayah aku turut interframe di blkg sana tue>



Atuk dan bakal menatunya


Kedua-due mempelai yg dirai
<betul ke mempelai? huhuhu.. layan...>



Itulah serba sedikit mengenai majlis pertunangan Puk Su aku yang aku tak dapat nak menghadirkan diri.



Semoga perhubungan Puk Su berkekalan hingga ke akhir hayat.



~bubye~

Tak Sangka

Tujuan aku buat begitu just utk suka-suka dan hiburan.


Kerana aku sudah terkena terlebih dahulu.


Tapi, ada seorang nie menegur aku,


dan aku juga tidak mengenalinya.


Maybe dia pregnant kot or penghidap sakit jantung kot.


"Incase org itu mengandung atau menghidap serangan jantung dan dimasukkan ke hospital."


Begitulah antara kata-kata org tersebut.


Semasa aku membacanya,


Aku terus terkelu lidah, kerana aku tak memikirkan perkara tersebut pun masa melakukannya.


So, aku rasa kepada yg di luar sana dan kepada diriku sendiri juga, sebelum kita melakukan sesuatu perkara, kita perlulah memikirkan mengenai masyarakat sekeliling.


Thanks atas ingatan tersebut.


~Sekian~

Mysterious

Aku sering tertanya-tanya.


Apa yg dia nak buat dgn duit sebanyak itu???


Sampai skrg aku tak tahu dia nak buat apa.


Aku heran dan pening memikirkannya.


Kawan aku yg lain juga begitu.


Sering bertanya aku, sedangkan aku sendiri tidak tahu.


Ada yg cakap begitu, ada yg cakap begini,


Tp, sampai now aku tak tahu apa sebab sebenarnya dia nak guna duit yg banyak dlm masa yg singkat.


Papepun, aku harap dia berlaku jujur.



~Sekian~

Weekend yg Best

Salam everyone...


Hari ini masuk hari ketiga aku berada di kg halamku yg tercinta.


Sgt best u all's berada di rumah.


Mana taknya, makanan sedap2 mak aku masak makanan yg sangat sedap!


Tak macam makanan kat cafe kolej aku, harem!


Malas nak crita pnjg pasl makanan kat cafe aku.


Duduk kat uma macam merupakan satu nikmat yg tak terkata.


Mana taknya, asik kua jalan2 je dgn makaya.



Plak tue makaya support semuanya. tak payah keluar duit sendiri.



Pg2 lg da breakfast kat kedai, tgahwi p knduri kwen, mlm kdg2 mkn kat lua juga...



Sangat best!




Bubye dan wassalam.

Friday 2 December 2011

Solute

Salam.

Hari ini aku nak post menegnai seseorang yg aku bangga dengannya.

Orgnya ialah.... jeng jeng jeng...

Baca dulu nanti baru tahu ok.

Aku rasa kalau aku berada dekat tempat dia mesti aku dah give up even lecture Sastera Islam aku penah pesan "kita sebagai org Islam perlu tahu tentang apa tujuan hidup dan tujuan kita belajar dekat bumi ini".

Tujuannya adalah untuk mencari ilmu yg benar dan menimbang baik buruk ilmu yg kita dapat itu dengan akal kita serta mengamalkannya beserta dengan niat untuk membuktikan bahawa kita telah berpegang pada janji kita semasa kita di alam roh lagi iaitu "Perjanjian Azali". Perjanjian azali merupakan perjanjian antara kita dengan Allah S.W.T. untuk menunaikan tanggungjawab kita di muka bumi ini sebagai khalifah dalam mentadbir muka bumi dengan sebaik-baik mungkin.

Itulah serba sedikit mengenai Sastera Islam yang sebenarnya yang telah aku belajar. Sebelum aku masuk kelas ini, aku pun sebenarnya tak tahu mengenai perjanjian azali ini, tapi, mujurlah Allah itu Maha Kuasa dia yang menetukan yang terbaik untuk umatnya. Dan aku pun, didedahkan mengenai semua itu hanya di dalam kelas Sastera Islam ini. Credit to lectureku Dr. Zariat, aku sangat suka belajar dengan dia kerana dia menjelaskan segalanya dengan begitu detail.

Apa yang aku nak share kat sini ialah, aku solute dengan abang aku, di mana dia walau dirundung masalah, dia tak pernah putus asa. Sebaliknya dia lebih memahami dan mengetahui mengenai hakikat hidup kita di dumia ini. Walau dia jauh blajar di perantauan, segala adat, tatasusilanya, suruhan agama tak pernah dia lupakan. Sebaliknya, dialah yang sering memberi tunjuk ajar serta menegur aku jika aku melakukan kesilapan. Dia jugalah yang sering memberi dorongan kepada aku dan adik-beradik aku yang lain agar belajar bersungguh-sungguh. Sesibuk mana pun dia, dia tak pernah lupakan keluarga. Dia selalu cll dan bertanya khabar kami sekeluarga serta mengambil berat mengenai pelajaran adik-adiknya di Malaysia. Hal ini kerana, mungkin dia menganggap semua itu merupakan tanggungjawabnya sebagai abang dan juga merupakan anak sulung dalam keluarga.

Apa yang aku sangat berbangga dengannya ialah, baru2 nie mak ada cakap, abang telah diduga oleh satu dugaan yang sangat besar, <tak perlulah aku nyatakan apa dugaan tersebut, biar kami sekeluarga sahaja yang tahu>, tetapi dia tidak melatah sedikit pun sebaliknya dia dapat mengawal situasi itu dengan cool je. Aku cakap begitu kerana, aku terbaca entry yang baru dia post kat blog dia. Dalam entry tue dia berkata, bahawa segala yang berlaku merupakan ketentuan-Nya, kita sebagai hamba hanya mampu merancang tapi yang menentukannya hanya yang di atas sana. "Kun Fa Ya Kun".

Dia menjadi semakin tabah dengan dugaan tersebut dan menerimanya dengan redha. Redhanya bukan bererti mengalah sebaliknya redhanya adalah satu Iktikad yang mendorongnya agar berusaha dengan lebih gigih lagi dan membuktikan bahawa dia mampu melakukannya.

Aku harap, abang aku terus tabah dalam menempuhi hari-hari mendatangnya di perantauan sana dan aku serta keluarga sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya. Chaiyok3 ABANG!!!


Sebelum aku menamatkan penulisan aku kali ini, aku harap kepada semua apabila dirundung masalah janganlah kita cepat berputus asa sebaliknya kita cuba cari di mana kelemahan dan kesilapan yang menyebabkan kita tewas serta cuba lagi yang terbaik pada masa mendatang especially  PERINGATAN KEPADA DIRI AKU SENDIRI yang begitu mudah berputus asa. InsyaAllah, akan aku contohi sikap abang aku ini.

Maafla, entry aku kali nie agak panjang kerana telah lama aku tak menghupdate blog nie.



Sekian,

Bubye...




~La Mariposa~

Monday 28 November 2011

Ceria

Salam everybody...


Sekembalinya mak dari Makkah...



Rumah saya telah berseri-seri semula.



Mood ~ Really2 happy~

Monday 21 November 2011

Just Only Two Day!

horey!




tinggal dua hari je lg...



mak akan balik!



sgt2 merindui mak.


setelah 45 hari mak pergi menunaikan haji bersama atokku.


hope, segala perjalanan mak dan atok balik dipermudahkan.



kami akan tggu kat airport Senai ye MAK!!!



~LURVE FOREVER AND EVER MUM!~

Wedding

Salam,



Sekarang nie musim org kawen kan???



Betul tak???



Kawan lama aku pun jemput aku pi kenduri kawen dia....



Tapi tak tahula dapat pi ke tak.



Tapi, hari Sabtu lepas aku teman roomate aku pi kenduri kawen abg angkat dia kat KL.



Maklumla, aku nie org Johor, kena plak bawak kete jalan KL nie. Manala reti sangat.



Tapi, setelah sesat barulah jumpa rumah knduri kawen tue.



Punyala jenuh mencari rumah knduri kawen tue, rupenya kitaorg dah lalu jalan tue dua tiga kali. Hampeh betol! Roomate aku plak org Kedah, so semua tak tahu jaln.



Finally, jumpa juga kerana aku pernah lalu jalan tue masa ada program silat tempoh hari.



Niela gambar yg sempat dirakamkan....





Silalah lihat.... <hehehe>



Pengantin 1


Penganti 2 <adik perempuan abg ankat roomate aku>


Roomate aku with abg angkat die tue


aku yang as usual suka bergambar
minah photogedik!
tgah drive pun siap bergambar
<sabar jewlah>


KAMI = = = > dari kiri : aku, mak su, kak siti, izzah


izzah, mak su, aku


mereka = = = > kak siti, izzah, mak su


kak siti dan aku



Ok, itu sahajalah gambar yg sempat dirakamkan dalam hujan.


Balik tue kami semua singgah The Mines coz kak siti tue sibuk nak jumpa best friend dia.





K, bubye...






~sekian~

Friday 18 November 2011

Best

Salam...


Slamat pg semua...


Semalam aku rasa best sangat kerana masa kat kelas silat aku dapat pelajaran baru.


Sangat best pelajaran tue.


Rugi u all's tak join masuk silat nie.


Ia membuatkan kita lebih berani berhadapan dengan dunia luar nie.


Especially, dalam memperthankan diri kita apabila diserang oleh musuh.


Selain itu, aku juga rasa best jugak bila MAK aku mesej. 


Macam taw2 je mak aku nie yg anak dia tgah rindu kat dia.


SYG MAK!!!


SYG AYAH JUGAK!!!


Tapi, yg tak bestnya....



Keadaan kesihatan atok tak berapa sihat.


Mak cakap demam atok asyik berbalik2 je sejak balik dari Mina.



Harap, Mak dan Atok diberi kesihatan yg baik serta selamat pulang ke Malaysia Khamis depan nie.


Tak sabar rasanya nak jumpa mak & atok.



huhuhu... <kalau u all's perasan entry aku sebelum nie ada cerita tntg seminggu lg mak aq nak balik kan??? sebenarnya, masa tue aku tersalah kira tarikh la. sangat excited kan sampai tersalah kira.


Dgn adik2 aku yg bungsu sekali tersalah kira.



Papepun, aku berharap mak & atok aku selamat sampai ke Malaysia...



InsyaAllah, Amin.

Thursday 17 November 2011

My Team



Inilah hasil video yg telah dibuat oleh ahli group aku.

Tp seram2 kuku je kot.

Kerana masa aku dan group member aku present kat kelas, rakan2 yg lain boleh ketawa.
So, tue maksudnya seram2 kuku la yep.
Roomate aku pun begitu jugak, gelak sakan la tgok aku berlakon tue.
Tapi, papepun aku enjoy buat video ini. Dan aku tidak akan lupa pengalaman aku berlakon ini.

<diharap semua terhibur>



Bubye dan wassalam...

Tuesday 15 November 2011

Busana Muslimah

Salam semua...

Apa khabar??? Lama rasanya aku tak update blog...


Harini, aku nak cerita mengenai busana muslimah yg aku join masa hari Ahad lepas...


Disebabkan busy harinie baru aku berkesempatan mengupdate blog.


Aku join pertandingan busana muslimah nie juz suka-suka jek.


And lagi satu coz kawan aku si Pn. Hajar Isma menyuruh aku masuk <bkn nama sebenar> dan my roomate juga ajak kerana dia tiada kawan.


So, dari aku tak buat apa2 pagi Ahad tue, aku pun joinla jugak.


Malas cerita panjang, mehla tgok gambar2 yg sempat aku rakamkan.



Taraaa.... : D




Nie la gambar aku masa hari kejadian tue. Biasa2 saja. Ramai lg yg cantik-cantik. Aku just ala2 kontemporari gitu. Tapi, yg aku tak sangka tue, aku dapat masuk pusingan kedua, top fifteen finalis. Bersyukur sgt even tak dapat masuk pusingan ketiga iaitu top six finalis.



Nie pulak gambar roomate aku yg ajak aku masuk tue. Nur Khaula Abd Rahman a.k.a K. Aula aku panggil.
Cantik kan dia???
Dia punya tema pula ala2 arab gitu.


Nie pula rakan2 seperjuangan yg menyokong aku, k.aula dan ilani.
dari kiri : ecah, izzah <roomate >, k.aula <roomate >, Aku, ilani, nana, mas <roomate > dan teeya.

Aku suka pic nie because semua roomate aku turun memberi sokongan yg jitu kpd aku. Sayang U all's lebih la!!!

Lupa pula, yang Ilani tuela pemenang busana anggun moden (busana muslimah). Kami semua rasa terharu sangat bila nama dia diumumkan sebagai pemenang. Ialah, mana taknya, kitaorg join sama2 pas2 dia menang dan yg bestnya tue, kitaorg buka hamper yg dapat tue sama2. 
Sangat baik kan Ilani tue kerana sudi share hamper yg dia dapat dgn kiatorg semua.

Congratz LANI!



Gambar bersama peserta2 lain.


Gambar semua finalis-finalis


Finalis-finalis, tapi tak semua ada


Aku dan Fatin Nabila <gadis Melayu> sebagai ketua juri


Blogger, Maria Elena sebagai juri


Blogger juga Fatin Liyana sebagai juri




Itulah antara gambar2 yg sempat dirakamkan semasa hari kejadian.
Best sangat dan akan aku jadikan sebagai pengalaman yg plg bermakna dalam hidup aku kerana first time aku menyertai pertandingan ini dan memerlukan aku catwalk atas stage tue...
best sesangat, rugi u all's tak join. especially cik elis. hehehe



k, bubye dan wassalam.

Wednesday 9 November 2011

One Weeks Only

Salam semua...









One week jew lg..









Tak sabar rasanya....











Cepatla masa berlalu...










Tak sabar nak jumpa MAK!!!





















MAK balik lg satu minggu jew lagi iaitu hari Khamis depan.



















Semoga perjalanan MAK & ATOK diberkati-Nya.
<Amin>






































<Rindu sgt2 kat MAK!!!>







Second Expression



Inilah hasil second xpression aku. Yang aku berasa xpression aku yg pertama tidak menepati kriteria yang diminta oleh lecture aku.



So, aku pun buat la yg kali kedua pula just fokus tang part muka aku sahaja yang agak2 korg comel ark????
huhuhu... main2 ajelah.



Papepun, rasa lega bila dah siapkan this picasa!





Bubye dan Wassalam.











<La Mariposa>